Setiausaha Tetap, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Puan Rodziah Binti Haji Morshidi menyampaikan cenderahati kepada Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Dr Anthony Valentine Laiseh di Bengkel Transformasi Sosial 2014 yang bertempat di The Regency Rajah Court Hotel, Kuching pada 22 Mei 2014
Turut kelihatan, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial di Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak, Puan Aishah Edris (kiri) dan Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kerajaan Tempatan Pembangunan Komuniti, Dr. Hajah Asmah Bt. Othman.
Bengkel tersebut bermatlamat untuk berkongsi perkara yang berkaitan dengan pembangunan sosial negeri, merangka Kerangka Kerja Transformasi Sosial dan mewujudkan rangkaian kerja antara pihak berkepentingan di peringkat bahagian.
Ia turut melihat semula dasar strategi pembangunan sosial dan transformasi disamping mengkaji semula Agenda Sosial Negeri dan Direktori Pembangunan Sosial Bahagian.