- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Fahami Perbezaan dengan Mencari Titik Persamaan

Must read

(GAMBAR) YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal menyampaikan cenderamata kepada penduduk rumah panjang.

Keterangkuman dan kepelbagaian merupakan salah satu teras strategik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Dalam mengaplikasikan teras ini, penjawat awam haruslah memahami perbezaan dengan sentiasa mencari titik persamaan yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat dan negara.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ketika merasmikan Majlis Penutupan Program JPA4U di Rumah Panjang Ayai, Lubuk Kuini, Sungai Saeh Putih, Miri pada 15 Jun lalu.

Beliau kagum dengan keamanan yang dikecapi di Sarawak hasil daripada semangat keterbukaan dan perkongsian biarpun mempunyai lebih daripada 40 suku kaum yang berbeza.

Menurut beliau, semangat keterbukaan masyarakat Dayak Sarawak khususnya masyarakat Iban di Rumah Panjang Ayai merupakan satu contoh yang tepat untuk menterjemahkan konsep 1Malaysia.

JPA4U adalah inisiatif sukarelawan yang dianggotai oleh warga JPA dan warga kampus Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) seluruh negara yang bernaung di bawah 1Malaysia for Youth (1M4U) bertujuan untuk membudayakan aktiviti sukarelaan di kalangan penjawat awam.

Ia juga merupakan satu program untuk mendekati rakyat melalui perkhidmatan yang disediakan kerajaan.

Program pada hari tersebut dibahagikan kepada dua sesi utama iaitu aktiviti gotong-royong, mengecat dan membersihkan kawasan sekitar rumah panjang serta dewan serbaguna.

Sesi ceramah motivasi kepada pelajar sekolah, perkhidmatan kaunter dan khidmat nasihat turut diadakan di tapak pameran.

Sebanyak 12 agensi kerajaan persekutuan terlibat menyertai pameran antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai lagi.

Turut hadir ialah Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga YB Puan Rosey Haji Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Dato‘ Seri Zainal Rahim Seman serta Tuai Rumah Ayai Ayai anak Sawing.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article