- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Majlis Menandatangani MoA antara SAINS dan YR1M

Must read

Sesi bergambar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Sarawak Information Systems (SAINS) dan Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) untuk pelaksanaan Program Rural ICT Guided Home-Based Technopreneur (RiGHT) yang diadakan di Ibu Pejabat SAINS di Jalan Kuching-Samarahan pada 6 Ogos 2014.

Gambar menunjukkan para peserta program RiGHT merakam gambar bersama Pengerusi SAINS YBhg Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam (duduk empat dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif SAINS YBhg Dato Teo Tien Hong (duduk tiga dari kiri), Pengerusi Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak (1MSAC) YB Datuk Joseph Salang Gandum (duduk lima dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif YR1M Cik Ung Su Ling serta beberapa tetamu kehormat yang lain.

Program RiGHT merupakan suatu bentuk latihan teknologi maklumat (IT) secara intensif selama enam bulan untuk belia luar bandar bertujuan untuk merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar dengan mewujudkan lebih banyak peluang sosio-ekonomi melalui bidang teknopreneur yang menyediakan perkhidmatan IT kepada masyarakat di tempat masing-masing.

Dalam perjanjian tersebut, YR1M akan menaja sebanyak RM150,000 untuk 10 orang peserta program RiGHT bagi tahun 2014 sebagai salah satu inisiatif pembangunan sosial di bawah iM Sarawak yang diterajui oleh 1MSAC.

Peserta-peserta yang dipilih oleh 1MSAC untuk mengikuti program tersebut berumur lingkungan 18 tahun hingga 25 tahun yang berasal dari Bau, Limbang, Belaga, Julau dan Pakan.

Penaja-penaja lain termasuklah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sarawak yang telah menaja peserta sejak tahun 2007 dan beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mula menaja peserta pada 2010.

Kos latihan turut dikongsikan di antara penaja-penaja dan SAINS.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article