- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Persidangan ICRASH ke-9

Must read

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman menunjukkan kepada media sampel topi keledar yang tidak selamat dipakai di sudut pameran sempena ‘9th International Crashworthiness Conference (ICRASH) 2014’ anjuran Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Menemani beliau ialah Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Negeri Sarawak Davina Agnes Enteli yang menunjukkan jenis topi keledar yang selamat dipakai.

YB Datuk Haji Daud Abdul Rahman hadir mewakili Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem untuk merasmikan persidangan pada hari pertama yang bermula pada 25 hingga 28 Ogos di sebuah hotel tempatan di Kuching.

Ia adalah kali pertama MIROS menjadi penganjur.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article