Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani merangkap Pengerusi Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat TYT Yang Dipertua Negeri yang juga Penaung AZAM Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada majlis makan tengahari sempena Ulangtahun Ke-31 AZAM bertemakan ‘Millenials Empowered: Driving Development Through Connectivity’ yang diadakan di sebuah hotel tempatan di Kuching pada 27 Ogos 2014.
Hadir sama ialah Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem merangkap Penasihat AZAM, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang, Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan Ketua Pegawai Eksekutif AZAM YBhg Datu Aloysius Dris.