- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

UTC Sarawak dibuka 26 September

Must read

UTC Sarawak akan dibuka dan dirasmikan oleh Ketua Menteri YAB Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem pada 26 September ini. UTC iaitu singkatan kepada Urban Transformation Centre atau Pusat Transformasi Bandar adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan.

Komuniti bandar boleh membuat pelbagai urusan dengan jabatan kerajaan dan swasta dalam satu bangunan dengan menjimatkan masa tanpa perlu pergi ke bangunan-bangunan kerajaan yang lain.

Ia turut menyediakan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGO serta komuniti usahawan.

UTC Sarawak dibina di tempat letak kereta Bukit Mata yang berada dalam kawasan segi tiga emas bandar raya Kuching. Ia menempatkan sebanyak 43 buah kaunter perkhidmatan di dua aras melibatkan agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan swasta.

Waktu operasi ialah dari pukul 8.30 pagi hingga 9.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali cuti umum.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article