- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sambutan Hari Malaysia Ke-51

Must read

Gimik pelancaran rasmi sambutan Hari Malaysia Ke-51 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di Dataran Kipas, Miri pada 16 September 2014.

Ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang dan keturunan telah membanjiri dataran sejak pukul 6 petang dan dihiburkan dengan pra persembahan nyanyian daripada artis-artis tempatan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu negeri Ibu Pertiwiku dan lagu-lagu patriotik sejurus ketibaan tetamu-tetamu kehormat yang diketuai Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan diiringi Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd. Najib Tun Abdul Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Haji Satem bersama isteri, YABhg Dato Sri Hajah Jamilah Anu.

Turut mengiringi ialah Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang bersama isteri, YBhg Datin Sri Empiang Jabu, Menteri Perancangan Sumber, Menteri Kemudahan dan Menteri Alam Sekitar II merangkap menteri bertanggungjawab sambutan YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan, Timbalan Ketua Menteri Sabah YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa menteri-menteri kabinet persekutuan dan negeri yang lain.

Acara diteruskan dengan ucapan daripada YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan diikuti tayangan video khas yang mengimbau kembali pembentukan Malaysia dan disusuli ucapan oleh YAB Datuk Patinggi Mohd Najib.
Suasana penuh warna warni dengan kibaran Jalur Gemilang ternyata memeriahkan sambutan yang diakhiri dengan persembahan nyanyian dan pertunjukan bunga api berirama.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article