- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Walkabout Ketua Menteri ke UTC Sarawak

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani meninjau sekitar bangunan ketika mengadakan walkabout ke Pusat Transformasi Bandar atau UTC Sarawak pada 26 September 2014.

UTC adalah salah satu usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar yang ditempatkan di dalam satu pusat atau bangunan.

UTC Sarawak yang terletak di Taman Kereta SEDC, Jalan Bukit Mata, Kuching menempatkan sebanyak 42 agensi iaitu 24 agensi Kerajaan Persekutuan dan 13 agensi Kerajaan Negeri termasuk lima agensi lain-lain.

Ia turut menempatkan Klinik 1Malaysia, kemudahan gimnasium dan kafe siber yang dijangka akan beroperasi pada minggu kedua bulan Oktober ini.

Selain itu, UTC Sarawak turut menyediakan kemudahan pusat pembangunan dan aktiviti belia, ruang perniagaan produk tempatan dan pusat kegiatan NGO serta komuniti usahawan.

Beberapa kaunter perkhidmatan dari pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU, Majlis Bandaraya Kuching Selatan MBKS dan sebagainya telah beroperasi sejak 17 September lalu.

UTC Sarawak beroperasi tujuh hari seminggu bermula jam 8.30 pagi hingga 9.00 malam dan tutup pada cuti umum. UTC Sarawak merupakan UTC kelapan yang dibuka di negara selepas UTC Johor.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article