- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Program Penempatan Pekerjaan AZAM Kerja Peringkat Negeri

Must read

Sambutan yang amat menggalakkan kepada Program Penempatan Pekerjaan AZAM Kerja Peringkat Negeri anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) yang diadakan pada 27 hingga 28 September di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching. Ini peluang terbaik untuk belia dan yang sedang mencari pekerjaan hadir untuk meninjau peluang pekerjaan ditawarkan oleh pelbagai sektor dan kategori pekerjaan.

Program tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Sumber Manusia, YB Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem yang turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, Encik August Buma.

Mengikut rekod JTK Sarawak menunjukkan bahawa sehingga Ogos, terdapat sejumlah 43,561 pencari kerja aktif dan dari jumlah tersebut, 12,007 adalah terdiri daripada golongan siswazah. Manakala jawatan kosong yang terdapat di Sarawak sehingga Ogos 2014 adalah sebanyak 50,167 kekosongan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article