- Advertisement -spot_img
4,799
published news
and counting

Majlis Anugerah Konvensyen KIK Peringkat Negeri

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem merakam gambar bersama kumpulan-kumpulan yang memenangi Anugerah Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Sarawak 2014.

Majlis anugerah diadakan serentak dengan perasmian Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri bertempat di Hotel Imperial, Kuching pada 3 Oktober.

Turut hadir ialah Seiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin serta ketua-ketua jabatan dari agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Keputusan KIK Peringkat Negeri Sarawak 2014:

Johan – Trofi Ketua Menteri Sarawak + Wang Tunai RM5,000 + Sijil
Pengurusan
D-RIGS (Majlis Bandaraya Miri)
Sistem Pemeriksaan Premis Makanan Yang Kurang Efektif

Teknikal
SOUTHERN THINKERS (Majlis Bandaraya Kuching Selatan)
Kaedah Dan Proses Membaja Pokok Yang Masih Konvensional Di Kawasan Seliaan MBKS

Naib Johan – Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak + Wang Tunai RM3,500 + Sijil
Pengurusan
ASPIRASI UTARA (Jabatan Perbendaharaan Negeri Bahagian Miri)
Kelewatan Menerima Remitan Oleh Perbendaharaan Bahagian

Teknikal
MEGA (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak)
Kesukaran Menggulung Hos Selepas Operasi

Tempat ke-3 – Trofi Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak + Wang Tunai RM2,500 + Sijil
Pengurusan
ACCURATE (Jabatan Tanah & Survei Bahagian Mukah)
Bilangan Pemilik Tanah Yang Tidak Mempunyai Alamat Di Dalam Daftar Tanah Masih Tinggi

Teknikal
BENAK 10 (Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman)
Aduan Bil Air Yang Tinggi

Pameran Paling Kreatif – Trofi + Wang Tunai RM1000 + Sijil
Pengurusan
SASSOKU 13 (Jabatan Tanah & Survei Bahagian Kuching)
Proses Permohonan Tanah Mengambil Masa Yang Lama

Teknikal
KILAT (Lembaga Air Kuching)
Kes-Kes Kecurian Air Di Kawasan Pembinaan Perumahan Adalah Tinggi

Persembahan Paling Kreatif – Trofi + Wang Tunai RM1000 + Sijil
Pengurusan
QECERS (Jabatan Pertanian Sarawak)
Analisis Sisa Baki Racun Perosak Dalam Sampel Tanah Mengambil Masa Lama

Teknikal
Q-INNO (Jabatan Kerja Raya Bahagian Bintulu)
Bekalan Elektrik Ke Aset Kerajaan Sering Terganggu

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article