Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin (empat, kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Kembara Inno Race iaitu pasukan SPU dari Unit Perancang Negeri Jabatan Ketua Menteri ketika merasmikan majlis penutupan Sambutan Minggu Inovasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2014 pada 8 Oktober di salah sebuah hotel di bandar raya Kuching.
Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) YBhg Dato’ Haji Ahmad Fadzil Mahmud (tiga, kanan).
Naib johan jatuh kepada pasukan UP2U dari Unit Pentadbiran Jabatan Ketua Menteri manakala tempat ketiga dimenangi oleh FFO De Great dari Jabatan Perbendaharaan Malaysia Sarawak.
Inno Race adalah salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang Sambutan Minggu Inovasi. Ia telah diadakan di Kampus INTAN Wilayah Sarawak sehari sebelum majlis penutupan.