Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem serta isteri Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu meneliti sesuatu yang terkandung di dalam buku pendaftaran pertubuhan negeri Sarawak sewaktu lawatan di salah satu gerai pameran, selepas merasmikan Karnival 1KDN yang buat pertama kalinya di anjurkan di Negeri Sarawak.
Turut kelihatan, Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar (dua dari kanan), Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri YBhg Dato’ Sri Mohamad Khalid Bin Haji Shariff (tiga dari kanan), Timbalan Setiausaha Negeri (Operasi) YBhg Datu Ose Murang (tiga dari kiri) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Karnival anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan pada kali ini ia telah diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Stadium Negeri Sarawak dari 10 hingga 12 Oktober 2014.
Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tugas sebenar KDN serta jabatan dan agensi dibawahnya dalam menjaga keselamatan negara.
Karnival ini juga telah diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Demo Pasukan Kawalan Khas, Persembahan T-Baton, Persembahan Pentas Jabatan/ Agensi KDN dan lain-lain.