Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem melancarkan Infocast Kenyalang (IK) pada majlis Malam Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) yang diadakan di salah sebuah hotel di Kuching pada 21 Oktober 2014.
Turut kelihatan ialah (dari kiri) Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengerusi SAINS Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Dato Teo Tien Hiong dan Menteri Kemajuan Tanah YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing.
IK ialah satu paparan penyelesaian berbentuk media digital yang menyediakan ruang kepada perkhidmatan awam dan sektor swasta untuk memaparkan maklumat atau mengiklankan barangan dan perkhidmatan mereka kepada orang awam.