Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani mendengar penerangan daripada Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) Tuan Haji Hashim Haji Bojet mengenai ciptaan inovatif PUSAKA ketika berkunjung ke pameran di Dewan Serbaguna Wisma Sumber Alam, Kuching sempena sambutan Hari Integriti dan Inovasi PUSAKA 2014 pada 24 Oktober.
Mengiringi beliau ialah Pengurus Besar PUSAKA YBhg Datu Haji Sarudu Haji Hoklai (kanan) dan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar merangkap Ahli Lembaga Pengurusan PUSAKA YBhg Datu Sudarsono Osman (dua, kanan).
Sambutan yang bertemakan ‘Integriti dan Inovasi Teras Transformasi’ dianjurkan bertujuan bagi memberi pendedahan dan kesedaran mengenai amalan integriti dan 5S di kalangan kakitangan awam dalam menjalankan tugas dengan lebih telus dan beretika di samping mengetengahkan idea inovatif dan kreatif di kalangan warga PUSAKA.
Turut diadakan adalah penganugerahan Anugerah Pegawai Contoh Integriti PUSAKA serta penghargaan untuk Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PUSAKA dan Team Excellence QE/5S yang disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.