- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Acara dan Protokol

Must read

Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat (UPAK) Jabatan Ketua Menteri Encik Azlan Haji Ali Badri (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi) YBhg Datu Ose Murang yang telah merasmikan Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Acara dan Protokol: Suatu Dimensi Baharu di salah sebuah hotel di Kuching pada 3 Disember 2014.

Turut kelihatan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Modern Management (CMM) Tuan Haji Syeed Mohd Hussien Wan Abd. Rahman.

Seramai 41 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan badan-badan berkanun di Sarawak telah menghadiri kursus selama tiga hari anjuran UPAK dan CMM.

Kursus diadakan bertujuan untuk membentuk kumpulan penjawat awam di peringkat kementerian, jabatan mahupun di peringkat bahagian dan daerah agar lebih terlatih di dalam mengurus majlis dan mewujudkan tenaga terlatih yang berketerampilan dan dapat membantu UPAK dalam menganjurkan majlis-majlis berskala besar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article