Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (dua, kanan) melawat ‘GaleriKU’ (Galeri Kuching Utara) setelah beliau merasmikannya sempena Hari Integriti dan Inovasi Dewan Bandaraya Kuching Utara DBKU pada 19 Disember 2014.
Bersama-sama beliau ialah Datuk Bandar Kuching Utara YBhg Datuk Haji Abang Abdul Wahap Haji Abang Julai (dua, kiri) dan Ahli Majlis DBKU YBhg Dato Wee Hong Seng (kiri).
GaleriKU ialah galeri sedia ada yang telah diubahsuai dan diberi nafas baharu di mana ia mempamerkan latar belakang dan usaha-usaha kualiti yang telah dilaksanakan oleh DBKU dalam bidang tugas serta bidang sukan dan rekreasi sejak beberapa tahun lalu.