Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Seminar Kepimpinan Akar Umbi Negeri Sarawak 2015 di Dewan Undangan Negeri, Kuching pada 24 Mac.
Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem telah hadir merasmikan seminar yang turut dihadiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie Afdal.
Seminar yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Desa (INFRA) iaitu sebuah institusi latihan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama Jabatan Ketua Menteri (JKM) merupakan antara inisiatif untuk memberi kefahaman tentang konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilam kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).