- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Malaysia Raih 2 Anugerah Dalam AIFFA 2015

Must read

Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2015 telah berlangsung di BCCK, Kuching Sarawak pada 11 April 2015 menyaksikan Malaysia berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Anugerah Filem Terbaik dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

Ia diterima melalui  Anugerah Filem Terbaik iaitu Filem bertajuk Terbaik Dari Langit dan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik oleh Bront Palare.

Penghargaan khas juga diberikan kepada bintang terkenal Datuk Jackie Chan pula telah diumumkan sebagai penerima anugerah baharu bagi AIFFA iaitu Anugerah Inspirasi ASEAN.

Manakala, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat edisi kedua ini telah dirangkul oleh Nora Aunor dari Filipina, yang sebelum ini pada tahun 2013 dimenangi oleh Tan Sri Michelle Yeoh.

Antara tetamu kehormat yang hadir, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan, YB Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta tetamu kehormat yang lain.

Pengarah Terbaik:
JOSEPH LABAN – Nuwebe – Philippines

Filem Terbaik:
TERBAIK DARI LANGIT – Malaysia

Pengarah Fotografi Terbaik:
DANG XUAN TRUONG – Inseminator – Vietnam

Pelakon Wanita Terbaik:
CHERIE GIL – Sonata – Philippines

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:
NADIAH WAHID – Yasmine – Brunei

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:
SOK SOTHUN – The Last Reel – Cambodia

Pelakon Lelaki Terbaik:
BRONT PALARE – Terbaik Dari Langit – Malaysia

Suntingan Terbaik:
BENJAMIN TOLENTINO – Bendor – Philippines

Lakon Layar Terbaik:
BEN SHOMBING – Soekarno – Indonesia

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article