- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Sidang Media Sempena Hari Koperasi Negara

Must read

Majlis persidangan media sempena hari koperasi Negara tahun 2015 dihadiri Menteri Muda Perancangan Sumber, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais (tengah), Ketua Sektor Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, YBhg Datin Hajah Zuraidah Hasni (kiri) dan Pengarah Koperasi Malaysia, Sarawak, Tuan Haji Abas Abu Bakar (kanan) pada 13 Mei 2015.

Hari Koperasi Negara 2015 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan diadakan di Kuching Waterfront Sarawak dengan menggabungkan tiga jenis perayaan dalam satu iaitu sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) 2015, jamuan rakyat sempena Aidilfitri dan sambutan bulan kemerdekaan.

HKN 2015 bertujuan untuk mengiktiraf sumbangan sektor koperasi kepada pembangunan negara serta memperkenalkan identiti negeri-negeri yang terdapat di Malaysia melalui makanan, budaya dan sebagainya. Dengan cara ini juga, perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum, agama dan bangsa dapat ditunjukkan.

Pelbagai aktiviti akan diadakan pada hari koperasi tersebut seperti ekspo dan pameran, padanan perniagaan, pertandingan, promosi dan demonstrasi produk dan perkhidmatan keluaran koperasi, persembahan bercorak patriotik dan banyak lagi aktiviti-aktivti lain.

Hari Koperasi Negara 2015 akan diadakan pada 14 hingga 16 Ogos 2015.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article