- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Perasmian Penutupan Hari Integriti & Inovasi Jabatan Tanah dan Survei 2015

Must read

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan melakukan acara simbolik dengan menabur benih sebagai tanda merasmikan Majlis Penutupan Hari Inovasi dan Integriti, Jabatan Tanah dan Survei yang diadakan di Kuching sambil disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Operasi), YBhg Datu Ose Murang, Pengarah Jabatan Survei dan Tanah Sarawak, YBhg Datu Sajeli bin Kipli dan Datu Abang Kassim.

Beliau yang juga Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian dalam ucapan perasmian tersebut berkata bahawa tanah bukan hanya harta yang dimiliki tetapi juga melibatkan sentimen yang diwarisi turun temurun.

Jelas beliau, sudah menjadi tanggungjawab Jabatan Tanah dan Survei sebagai agensi pemudah pembangunan adalah untuk memastikan keseimbangan pembangunan dan ekosistem agar sentiasa terpelihara.

Terdahulu dalam ucapan Pengarah Jabatan Survei dan Tanah, ada menegaskan bahawa inovasi yang terhasil daripada cetusan idea kreatif perlu mengambil kira ekosistem bumi agar pembangunan yang terbina daripada idea ini tidak akan memusnahkan kitaran alam sekitar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article