- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Perdana Menteri Lakukan Tinjauan Mesra di Kampung Semariang Batu

Must read

Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak sedang melihat pelan pembinaan Masjid Baharu Nurul Khair serta sempat merakam model replika masjid berkenaan.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja rasmi 2 hari ke Sarawak, telah mendengar taklimat cadangan pembinaan masjid baharu tersebut sambil diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan Sarawak, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg dan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya YB Datuk Seri Fadillah Yusof.

Masjid Nurul Khair dibina adalah bercirikan seni bina tempatan yang mempunyai keluasan 1513.8 meter persegi dengan minaret setinggi 30 meter dan boleh menampung sehingga 1200 orang Jemaah pada satu-satu masa.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article