Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menganjurkan Sambutan Hari Bandaraya Kuching ke-27 pada 1 Ogos 2015 bertempat di Stadium Perpaduan, Kuching.
Sambutan kali ini mendapat kerjasama dari Kementerian Pelancongan Sarawak dan pertubuhan NGO (non-governmental organisation) Yayasan 1Malaysia. Majlis sambutan kali ini akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem yang akan turut mengisytiharkan Bandaraya Kuching sebagai Bandaraya Perpaduan atau “Kuching… City Of Unity”.
Pelbagai program dan aktiviti akam diadakan antaranya Pesta Macam-Macam Laksa, Flea Market, City Day Fun Ride dan Festival Tarian Tradisional Sarawak.