Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem sedang melihat model replika bangunan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak ataupun Centre Of Technical Excellence (CENTEXS) kampus Lundu semasa majlis pecah tanah bangunan tersebut yang diadakan pada 4 Ogos 2015.
Beliau turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang (tiga dari kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (empat dari kiri).
CENTEXS kampus Lundu akan dibina di tanah seluas 70 ekar dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kampus tersebut merupakan cawangan pertama yang ditubuhkan di Sarawak yang menawarkan tujuh program iaitu Kimpalan 3G Plus, Kimpalan 6G Advance, Mekatronik, Jahitan, Wireman, Hospitaliti dan Scaffolding.