Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani cuba mengendalikan ‘Smart Spotter Device’, hasil inovasi kumpulan Rated X dari Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sarawak ketika meninjau booth kumpulan-kumpulan yang bertanding pada Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Peringkat Zon Ke-6.
Beliau hadir untuk merasmikan majlis penyampaian dan anugerah konvensyen tersebut yang diadakan di salah sebuah hotel di Kuching pada 13 Ogos 2015.