- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Persidangan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima DUN Sarawak ke-17

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem berangkat meninggalkan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah selesai membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bagi negeri Sarawak dalam Persidangan Sehari Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak ke Tujuh Belas pada 17 Ogos 2015.

Turut kelihatan ialah Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.

Ketua Menteri telah menggariskan beberapa objektif, halatuju dan butir-butir relevan yang telah dirancangkan untuk Negeri Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang di bawah RMK11 (2016-2020) sebagai satu inisiatif untuk mempertingkatkan taraf pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi negeri ini.

Beliau berkata, di bawah RMK11 ini, pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak telah mengalami peningkatan antara enam hingga tujuh peratus setahun dengan memberi fokus terhadap enam strategi utama, iaitu menstrategikan pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan pemboleh pertumbuhan, mentransformasikan kawasan luar bandar, memastikan pengurusan persekitaran dan sumber yang mampan, membangunkan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Bagi membolehkan RMK11 ini mencapai matlamatnya dan dilaksanakan dengan berkesan, diharapkan agar Kerajaan Persekutuan akan memberikan lebih banyak autonomi kepada Kerajaan Negeri Sarawak sejajar dengan apa yang termaktub dalam perjanjian penubuhan Malaysia pada 1963.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article