Aksi berani dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika membuat pertunjukan Gempur Tanpa Senjata pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ‘Sehati Sejiwa’ Peringkat Negeri 2015 di Kompleks Sukan Limbang pada 31 Ogos.
Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib menjadi tetamu kehormat pada acara tersebut.
Turut hadir ialah Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem serta isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu, Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang serta beberapa orang menteri dan menteri muda kabinet negeri, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan kenamaan yang lain.
Sebanyak 65 kontinjen yang terdiri daripada lebih 3,000 peserta dari jabatan kerajaaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan pelajar-pelajar sekolah menyertai perarakan.
Seramai lebih 5,000 orang hadir memenuhi perkarangan kompleks bagi menyaksikan acara yang bermula seawal jam 7 pagi.