- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2013 / 2014

Must read

Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial, Encik Kameri Hj. Affandi telah mempengerusikan sidang media sempena Anugerah Sukan Negeri Sarawak 2013 / 2014 yang akan diadakan pada 20 Oktober 2015 di Miri September 2015.

Menurut beliau, tujuan anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada individu dan persatuan sukan atau pertubuhan-pertubuhan yang terbabit diatas  sumbangan ke arah kemajuan sukan negara khususnya negeri Sarawak.

Ia turut diadakan bagi menghargai ahli sukan yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam acara sukan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Penghargaan  turut diberikan kepada wartawan-wartawan dan jurufoto-jurufoto sukan akhbar tempatan.

Sebanyak 12 jenis anugerah yang akan dipertandingkan antaranya adalah Anugerah Olahragawan dan Olahragawati, Anugerah Olahrawan dan Olahragawati Harapan dan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati OKU.

Selain itu, Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik, Anugerah Kepimpinan Sukan Terbaik, Anugerah Jurulatih Sukan Terbaik, Anugerah Pasukan Lelaki dan Wanita Terbaik serta Anugerah Persatuan Sukan Terbaik.

Majlis tersebut juga bakal mempertandingkan Anugerah Penulis Sukan Terbaik Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa China, Anugerah Jurufoto Sukan Terbaik dan Anugerah Khas Tokoh Sukan (sekiranya ada).

Pencalonan Anugerah Sukan Negeri adalah dari Persatuan Sukan Negeri Sarawak, Pertubuhan Sukan Negeri Sarawak, Pertubuhan-pertubuhan lain yang berkaitan dan Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Majlis tersebut dijangka akan dihadiri oleh tetamu kehormat, Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article