- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pelancaran Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa dan Festival Makanan dan Jualan Kraf 2015

Must read

Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menyempurnakan simbolik “Menitik Mata Perahu Naga” sebagai tanda pelancaran Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa 2015 yang akan berlangsung di Tebingan Kuching pada 18 hingga 20 September.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah Menteri Muda Pelancongan, YB Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Perancangan Sumber, YB Datuk Haji Mohd Naroden Haji Majais, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, YBhg Datu Haji Misnu Bin Haji Taha dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, YBhg Datu Ik Pahon Joyik.

Perlumbaan yang berlangsung pada minggu pertama sebagai pembuka tirai Festival Regata Sarawak disertai oleh 12 pasukan dari luar negara, lima pasukan dari Semenanjung Malaysia dan lapan pasukan tempatan.

Acara utama iaitu Regata Sarawak yang mempertandingkan 18 kategori perlumbaan akan berlangsung pada minggu kedua bermula dari 25 hingga 27 September.

Festival pada tahun ini terbukti telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar negara dengan penyertaan pasukan antarabangsa seperti Brunei, Indonesia, Singapura, Taiwan, Filipina dan Jepun. Bahkan, pihak penganjur turut menerima penyertaan pasukan baharu dari Australia dan Hong Kong.

Aktiviti-aktiviti sampingan seperti Festival Makanan dan Jualan Kraf serta persembahan kebudayaan yang berlangsung pada sebelah malam turut diadakan bagi memeriahkan festival.

Festival Kraf Sarawak 2015 bertemakan “Beli Barangan Malaysia”berlangsung dari 18 hingga 27 September 2015 bertempat di tebingan Kuching.

Festival Kraf Sarawak menjual hasil kraf tangan pelbagai bidang kraf Malaysia daripada hasil rimba, tekstil, logam, hasil tanah dan aneka kraf.

Festival Kraf Sarawak dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Pejabat Residen Kuching dengan kerjasama Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal.

EATOF Food Fair 2015 turut dirasmikan oleh Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan, YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg pada hari yang sama.

EATOF Food Fair 2015 mempamerkan pebagai hidangan dari negara-negara Asia Timur seperti Filipina, Vietnam, Korea, Indonesia, China dan pelbagai jenis hidangan tempatan Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article