- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Majlis Perasmian Kemuncak Perniagaan Dan Pelaburan Sarawak Ke-2

Must read

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) YBhg Tan Sri Datuk Michael Yeoh menyerahkan cenderamata kepada Menteri Perancangan Sumber Alam Sekitar Ke-2, YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan Sarawak Kedua di Hotel Grand Margherita pada 8 Oktober 2015.

Menurut Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem dalam teks ucapan beliau yang dibaca oleh YB Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan negeri kini dalam usaha mempergiatkan pembangunan estet perindustrian di kawasan luar bandar.

Usaha ini adalah untuk membantu golongan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sarawak untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Mengambil kira situasi semasa, Ketua Menteri berkata, PKS mempunyai kepentingan di negeri ini kerana ia adalah faktor kepada pembangunan ekonomi yang mampu memberikan impak kepada gaya hidup masyarakat.

Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan 481 ekar tanah kepada PKS untuk menambah baik kawasan Taman Perindustrian Samalaju.

Dalam perkembangan lain, Ketua Menteri berkata, di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kerajaan negeri akan membangunkan kawasan perindustrian baharu di Lundu, Bau, Sri Aman, Betong, Sebuyau dan Marudi untuk mempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article