Ketua Setiausaha Negara YBhg Tan Sri Dr. Ali Hamsa ketika sidang media Seminar Bersama ke-7 bagi Pemimpin Perkhidmatan Awam Malaysia & Singapura 2015 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuching, Sarawak pada 17 Oktober.
Seminar tersebut bertemakan Productivity and Innovation: Unleashing Public Sector Potential for Greater Success manakala bagi Sukan Perkhidmatan Awam ke-38 pula telah menyaksikan pertandingan persahabatan di antara kedua negara dalam sukan boling dan golf pada hari yang sama.
Program ini dianjurkan sempena ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura selain meningkatkan lagi hubungan yang sedia terjalin antara kedua-dua buah negara.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di Jabatan Perdana Menteri, YBhg Datuk Seri Othman Hj. Mahmood.