Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang mengadakan sidang media sempena Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2015 pada 19 Oktober 2015.
Beliau mengumumkan bahawa sambutan HPPNK 2015 anjuran Kementerian Industri Asas Tani Malaysia dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak akan diadakan pada 27 November hingga 3 Disember 2015 di perkarangan Dewan Suarah Kota Samarahan.
Menurut beliau, majlis perasmian HPPNK 2015 akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 28 November 2015 yang kali ini bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran daripada agensi kerajaan, pameran dan jualan daripada sektor swasta dan individu, pameran teknologi pertanian moden, demonstrasi dan sebagainya.
Sidang media tersebut turut dihadiri oleh, Menteri Muda Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran) YB Datuk Mong Dagang, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian YBhg Datu Ngenang Jangu dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, YBhg. Dato’ Amran bin Ilias