Menteri Muda Kebudayaan Dan Warisan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga, YB Liwan Lagang (dari kiri), Menteri Muda Adat Bumiputera dan Hal Ehwal Penan, YB Datuk John Sikie Tayai, Ahli Parlimen Hulu Rajang P216, YB Datuk Wilson Ugak Kumbong serta Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB), YBhg Datuk Torstein Dale Sjoveit menyumpit belon sebagai simbolik pelancaran Pesta Murum yang diadakan di penempatan baharu suku kaum Penan di Long Wat, Tegulang pada 24 Oktober 2015.
Pesta kali kedua yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Penan Murum (MPDC) itu berlangsung serentak di dua kawasan penempatan semula Tegulang dan Metalun melibatkan tujuh buah rumah panjang yang teridiri daripada 6 rumah panjang suku kaum Penan dan sebuah rumah panjang suku kaum Kenyah.