- Advertisement -spot_img
4,836
published news
and counting

Lebih banyak Pasaran dan Peluang Tempatan Perlu Diterokai

Must read

Golongan peladang, penternak dan nelayan di Sarawak digesa untuk memanfaatkan sepenuhnya kerana terdapat ruang dalam pasaran makanan yang masih belum dipenuhi sepenuhnya. Ini dapat disaksikan melalui peningkatan import makanan bernilai RM600 juta pada tahun 1990 dengan angka tersebut terus menunjukkan penunjukkan kepada RM2.8 juta.

Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud memberikan penekanan ini ketika majlis perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN 2011) di Bintulu pada 12 Mac yang lepas.

Golongan peladang, penternak dan nelayan haruslah merebut peluang tersebut, dengan   bekerja lebih gigih disamping menggunakan pendekatan lebih moden dan sistematik dalam menghasilkan bekalan produk dan hasil pertanian yang konsisten.

Eksport produk pertanian turut meningkat daripada RM1.1 bilion kepada RM6 bilion yang menyaksikan kemampuan penjualan produk-produk pertanian yang mempunyai potensi yang amat besar.

Sektor pertanian, menurutnya  telah berjaya menaiktaraf hidup rakyat serta mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini yang dahulunya 32 peratus pada tahun 1980 dan kini kepada 5.3 peratus.

Katanya, golongan yang melibatkan diri dalam sektor pertanian boleh meningkatkan hasil pertanian sekiranya menggunakan sepenuhnya teknologi moden, dengan pengurusan yang cekap dan pembangunan dan penyelidikan.

Mengambil contoh dalam bidang ternakan, menurutnya terdapatnya teknologi di mana penternak tidak perlu memberikan suntikan kepada hasil ternakan. Ia bukan sahaja selamat, malah hasil ternakan tersebut  diiktiraf berkualiti tinggi dan setanding dengan  piawaian dunia.

Jadi pentingnya, mereka memikirkan jangka masa panjang bagaimana untuk mengekalkan mutu agar  produk dan hasil –hasil pertanian mereka lebih kompetitif.

Beliau turut memuji penglibatan wanita terutamanya dalam industri kotej yang menunjukkan perlu juga mengambil kira melibatkan citarasa, kualiti, pembungkusan dan pelabelan bagi menambat hati pelanggan.

Manakala dari segi sektor pertanian, telah menunjukkan ramai yang melibatkan diri dalam sektor tersebut terutama yang bekerja di sektor perladangan lebih kurang  160,000 dan kira-kira 180,000 bergerak secara kecil-kecilan (kelompok).

Cabaran kini, untuk menarik minat golongan pertengahan untuk menceburi sektor pertanian bagi memastikan sektor pertanian terus maju ke hadapan.

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 diadakan selama tiga (3) hari bermula dari 11 hingga 14 Mac 2011 dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya jualan dan promosi, hasil pertanian dan asas tani,, pertandingan dan demonstrasi masakan pameran hidupan haiwan, Randau Teknologi Pertanian dan  Seminar Agrofest 2011.

Dalam pada itu, Unit Peladang Jaya, Unit Kampung Selanyau Bekenu (Sibuti) dan Peladang Jaya Wanita, Duyah Mudin dari Kampung Kelulit (Bekenu) dari Pertubuhan Peladang Kawasan Subis (PPKS) berjaya memenangi Pertandingan HPPN 2011 di Kategori Peladang Jaya Sarawak.

Tiga peserta dalam  Kategori Peladang Jaya 2011 ialah Peladang Jaya Lelaki, Haji Ibrahim Mohamad Arshad (Simunjan/Samarahan), Peladang Jaya Muda, Ten Nyan Chong (Bau/Kuching) dan Pertubuhan Peladang Kawasan Jaya, Pertubuhan Peladang Kawasan Daro (Daro/Mukah).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article