- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perjanjian Pengeluaran Dan Pembekalan SARAPEG Dimeterai

Must read

Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Weida (M) Sdn Bhd, YBhg Datu Lee Choon Chin bertukar dokumen perjanjian Pengeluaran dan Pembekalan SARAPEG sambil disaksikan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan dan wakil dikedua belah pihak.

Perjanjian tersebut akan merealisasikan hasrat untuk melangkah lebih jauh lagi dalam usaha membekal dan menghasilkan produk inovasi tersebut ke segmen pasaran lebih luas.

Ia seiring dengan usaha kerajaan negeri untuk mengkomersilkan SARAPEG ini ke luar negeri Sarawak dan peringkat antarabangsa. SARAPEG telah mendapat paten di Malaysia dan Brunei manakala paten di Negara Thailand, China, Indonesia, Vietnam, New Zealand dan Australia masih di dalam proses.

SARAPEG yang menggantikan penggunaan kayu belian yang telah digunakan sejak tahun 1925 sebagai tanda kawalan dan tanda sempadan  memiliki ciri-ciri yang ringan, fleksibel  dan mesra alam sekitar.

Menariknya, ia turut dilengkapi dengan logam sebagai suatu ciri tambahan untuk memudahkan pengesanan tanda sempadan dan akan dipertingkatkan dengan teknologi Radio Frequencey Identification Device pada masa akan datang.

Produk inovasi, hasil daripada inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) tahun 2011 oleh Kumpulan Millenium Sabe daripada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak banyak memenangi anugerah dan pengiktirafan di dalam dan di luar negara.

Antaranya pencapaiannya ialah Anugerah Ketua Setiausaha Negara pada 2011, Johan Sektor Awam di peringkat Kebangsaan anjuran Malaysia Productivity Corporation 2012, Anugerah Harta Intelek Negara pada 2012, Excellence Award di International Convention on QC Circles di Taiwan 2013 dan Gold Award di International Conference on Quality di Tokyo, Jepun pada 2014.

Penghasilan produk inovasi tersebut juga melakarkan sejarah yang tersendiri terutama dalam transformasi peningkatan standard tanda kawalan dan tanda sempadan di Sarawak pertama seumpamanya di Malaysia  manakala di Semenanjung Malaysia dan Sabah masih menggunakan kayu atau batu simen dengan kaedah pengesanan yang konvensional.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article