Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem ditemani isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu melancarkan High Performing Leaders (HPL) Program dan Government Employee Management System (GEMS) pada perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam 2015 bertemakan ‘Leadership & Taking Charge: Make a Difference’ di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK pada 18 November.
Turut menemani beliau dan isteri ialah (dari kiri) Setiausaha Persekutuan Sarawak YBhg Datuk Haji Md Yahaya Basimin, Menteri Kemajuan Tanah YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk Amar Haji Mohd Asfia Awang Nassar, Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan YB Dato Sri Michael Manyin anak Jawong dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.
Ketua Menteri juga telah menyampaikan beberapa kategori anugerah kepada tokoh, pegawai-pegawai contoh dan pemenang Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dari agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.