Majlis Perasmian Seminar Industri Nanas 2015 anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang yang mewakili Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem pada 30 November di salah sebuah hotel di Kuching.
Turut kelihatan ialah Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani YB Encik Anthony Nogeh anak Gumbek (kiri) dan Ketua Pengarah LPNM Haji Sahdan bin Salim (kanan).
Seminar selama dua hari yang bertemakan ‘Memperkasakan Industri Nanas Negeri Sarawak’ dianjurkan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) yang sedang berlangsung di Kota Samarahan, Samarahan.
Seminar berkenaan memberi penekanan kepada hala tuju industri nanas Sarawak bagi Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) melalui 10 pembentangan kertas kerja oleh para peserta.