Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang menyampaikan hadiah kepada Pavilion Pulau Pinang yang memenangi kategori Jualan Paling Banyak.
Pavilion Pulau Pinang telah meraih jualan sebanyak RM70,000 sepanjang enam hari sambutan HPPNK 2015 diadakan.
YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu yang juga Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar berkata, seramai 2,800 peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara telah menyertai HPPNK 2015.
Menurut beliau, sejak 6 hari yang lepas, seramai 245 000 orang telah mengunjungi tapak HPPNK 2015 yang diadakan di perkarangan Dewan Suarah, Kota Samarahan.
Mengulas lebih lanjut, beliau memaklumkan bahawa HPPNK 2015 telah berjaya meraih jualan hampir mencecah RM2 juta sepanjang lima hari berlangsungnya program tersebut.