- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Majlis Perasmian Sejiwa Senada 2016 Peringkat Bahagian Miri

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem ditemani isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu merasmikan Sejiwa Senada 2016 Peringkat Bahagian Miri pada 9 Januari lepas.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu anak Numpang (tiga, kiri), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar (empat, kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Program Sejiwa Senada 2016 YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani (lima, kiri).

Padang Majlis Bandaraya Miri menjadi lokasi pertama program Sejiwa Senada 2016 yang diadakan bertujuan untuk mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui pameran yang mengetengahkan fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi-agensi yang terlibat.

Sebanyak lebih 174 booth pameran dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, badan-badan berkanun serta institut pengajian tinggi awam dan kolej latihan tempatan memenuhi lokasi program yang diadakan selama tiga hari bermula pada 8 hingga 10 Januari.

Orang ramai yang berkunjung turut berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan menerusi e-Peraduan.

Program Sejiwa Senada yang berkonsepkan ‘Kerajaan Bersama Rakyat’ mula diperkenalkan pada 2010.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article