- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

Majlis Perasmian Program Sejiwa Senada Peringkat Bahagian Sibu

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem ditemani isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu memotong reben perasmian tapak pameran Sejiwa Senada 2016 Peringkat Bahagian Sibu yang diadakan di Dataran Sibu pada 16 Januari yang lepas.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Menteri Perancangan Sumber Alam Sekitar Kedua, YB Datuk Awang Tengah Ali Hassan, Menteri Kewangan Kedua, YB Dato Sri Wong Soon Koh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Sibu merupakan lokasi yang kedua bagi program Sejiwa Senada tahun 2016 selepas Miri dengan kehadiran 30,000 pengunjung dari seluruh Sibu untuk menyaksikan pelbagai pameran, produk serta perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.

Sebanyak 172 agensi daripada kerajaan negeri dan persekutuan, badan-badan berkanun serta Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta terlibat dengan pameran yang diadakan selama tiga tersebut.

Program Sejiwa Senada memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan secara langsung daripada agensi kerajaan selain mendapatkan pelbagai maklumat dan pengetahuan baru mengenai inisiatif-inisiatif transformasi pembangunan sosio-ekonomi terkini yang sedang rancak dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article