- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Pelancaran ‘Books for Asia Programme in Sarawak’

Must read

Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem merasmikan Majlis Pelancaran Books for Asia Programme in Sarawak di Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, Kuching pada 15 Februari 2016.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Yayasan Sarawak YBhg Datu Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya Profesor Dr. Awang Bulgiba Awang Mahmud dan Wakil Negara Asia Foundation (Malaysia) Encik Herizal Hazri.

Program Books for Asia in Sarawak adalah program kerjasama yang pertama kali diadakan di Sarawak di antara Yayasan Sarawak, Universiti Malaya, Asia Foundation dan International Institute of Public Policy (INPUMA) yang bertujuan untuk menyediakan sebanyak 48 juta naskah buku kepada 10,000 buah sekolah, perpustakaan dan universiti di seluruh Asia.

Majlis turut menyaksikan upacara pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Sarawak, Universiti Malaya dan Asia Foundation.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article