Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama anggota-anggota tentera sebelum meninggalkan majlis pada Majlis Mesra Timbalan Perdana Menteri Bersama Anggota Tentera Kem Muara Tuang, Kota Samarahan, Samarahan yang diadakan pada 19 Februari 2016.
Turut hadir ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak YB Dato Sri Haji Mohd. Asfia Awang Nassar, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Menteri Pertahanan YB Dato’ Wira Mohd Johari Baharom.