- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

“Walkabout” Menteri Pendidikan Malaysia Ke Kuching

Must read

Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid berbual mesra dengan beberapa orang murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rakyat Jalan Bolhassan, Kuching ketika mengadakan “walkabout” ke empat buah sekolah di sekitar Kuching dan Kota Samarahan pada 22 Februari 2016.

Turut kelihatan ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah.

Empat buah sekolah yang telah dilawati ialah SK Rakyat Jalan Bolhassan, SK Rakyat Tupong, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina ( C ) Chung Hua Stampin dan di bahagian Samarahan iaitu SMK Sungai Tapang.

Semasa lawatan tersebut, beliau telah memaklumkan kepada pemberita berkenaan 10 buah sekolah di Sarawak yang akan disambung ke Garisan Grid Solar Sarawak Energy Berhad (SEB).

Menurut beliau, sebanyak 100 buah sekolah yang boleh disambungkan ke grid SEB namun ia perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat.

Beliau juga berkata, terdapat 369 buah sekolah di Sarawak yang masih menggunakan set generator dan kini, pihak Kementerian Pendidikan sedang menjalankan survei terhadap sekolah-sekolah yang boleh disambung ke grid (SEB).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article