Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak serta isteri YABhg Datin Patinggi Rosmah Mansor dan Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem serta isteri YABhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Haji Anu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 yang diadakan di Dataran Sibu, Sibu pada malam 27 Februari.
Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred Jabu Numpang, Menteri Kewangan II YB Dato Sri Wong Soon Koh dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Majlis dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak.