- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sambutan Hari Landskap Negara 2016 Peringkat Kebangsaan

Must read

Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Abdul Rahman Dahlan melakukan gimik perasmian Hari Landskap Negara 2016 Peringkat Kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 6 Mac 2016.

“Landskap Berfungsi Kehidupan Berkualiti” dipilih sebagai tema Sambutan Hari Landskap Negara 2016 sejajar dengan hasrat Jabatan mahu memberi fokus terhadap pembangunan landskap merangkumi aspek fizikal, alam sekitar dan visual.

Penekanan terhadap aspek ini akan dapat membentuk karakter landskap perbandaran yang tersendiri dengan bercirikan sosio-budaya tempatan ke arah penyediaan persekitaran kehidupan yang berkualiti.

Sambutan Hari Landskap diadakan setiap tahun untuk menggerakkan budaya landskap di kalangan rakyat seluruh negara berikutan hasrat kerajaan mahu menjadikan Malaysia Negara Taman Terindah (NTT) menjelang tahun 2020 disamping mempromosikan perkhidmatan dan produk lanskap masing-masing.

Kuching, Sarawak dipilih menjadi tuan rumah kepada penganjuran Hari Landskap Negara 2016 Peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article