Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Abdul Razak meneliti model rumah PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) ketika hadir merasmikan Ekspo Rumah PR1MA di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama, Petra Jaya, Kuching pada 12 Mac 2016.
Yang turut kelihatan ialah Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem (tiga, kiri), Menteri Kerja Raya YB Datuk Seri Haji Fadillah Haji Yusof (kiri) dan Menteri Perumahan dan Menteri Pelancongan YB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg.
Ekspo telah berlangsung dari 11 hingga 13 Mac 2016.
Perdana Menteri dalam ucapan perasmian memaklumkan, sebanyak 9,185 unit kediaman di bawah program PR1MA akan dilaksanakan di Sarawak bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri.
Harga rumah PR1MA ditawarkan 20 peratus lebih murah dari harga pasaran.
Setakat ini, lapan projek PR1MA akan dilaksanakan di Sarawak, iaitu PR1MA Vista Tunku, PR1MA Matang, PR1MA Matang 2, PR1MA Semenggoh, PR1MA Sibu, PR1MA Petra Jaya 2, PR1MA Sungai Plan dan PR1MA Bintawa.