Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani menyaksikan sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Shell (MDS) Sdn. Bhd dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Memorandum persefahaman tersebut telah ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan Shell (MDS) Sdn Bhd, Tom Wong (tiga, kanan) dan Naib Canselor UNIMAS, YBhg Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi (empat, kiri) di Wisma Bapa Malaysia pada 28 Mac 2016.
MoU ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan kerjasama antara SHELL dan UNIMAS dalam peluang kerjaya, peningkatan kemahiran diri dan pendedahan prospek pekerjaan di SHELL.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Shell (MDS) Sdn. Bhd, Encik Liang Kok Siang, Timbalan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dr. Mohd Ibrahim Safawi Mohd Zain, Dekan Fakulti Sains Sumber dan Teknologi, UNIMAS, Profesor Dr Othman Bin Bojo, serta kakitangan Shell MDS dan UNIMAS.