- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2016

Must read

Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem melakukan simbolik perasmian Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2016 yang diadakan di Tebingan Kuching pada 26 Mac 2016.

Ketua Menteri menerusi ucapan beliau berkata, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri demi melindungi hutan di negeri ini termasuk tidak memperbaharui lesen pembalakan hutan bagi mencapai sasaran satu juta hektar Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA).

Seiring dengan usaha tersebut, kerajaan sedang giat mewujudkan lebih banyak kawasan hutan sebagai TPA seperti taman negara, hutan simpan semulajadi dan taman hidupan liar untuk menyelamatkan hutan di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri, sebanyak 40 taman negara, 14 hutan simpan semula jadi dan enam taman hidupan liar yang meliputi tanah seluas 853,836 hektar termasuk kawasan tadahan air sudah diwartakan.

Sempena Majlis tersebut, Ketua Menteri telah mengemukakan cadangan untuk mewujudkan Jabatan Hidupan Liar bagi meningkatkan kecekapan bekerja, kawal selia dan memberi fokus untuk meningkatkan tahap pemuliharaan alam sekitar.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article