Ketua Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Haji Satem merakam gambar bersama isteri beliau, YBhg. Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah binti Haji Anu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N1 Opar, YB Ranum Mina dan Pengerusi Majlis Daerah Lundu, Haji Hamsien Atar selepas menyempurnakan simbolik Pecah Tanah Medan Selera Lundu di tapak Medan Selera, Lundu.
Projek Pembinaan Medan Selera Lundu dengan keluasan 1413.2 meter persegi ini dianggarkan menelan kos pembinaan sebanyak RM4.3 juta.
Ruang yang besar dan luas ini akan dapat menempatkan 25 orang peniaga berbanding dengan medan selera lama yang hanya dapat menampung 18 orang peniaga yang menjalankan perniagaan. Medan Selera ini dijangka dapat menampung sejumlah 378 orang pengunjung pada satu-satu masa.
Sempena Majlis Pecah Tanah tersebut, Ketua Menteri turut menyampaikan Geran Tanah dan Cek Pampasan Projek Pan Borneo kepada penduduk di sekitar Daerah Lundu yang terbabit.