- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Forum Harta Intelek Bersama Media

Must read

Timbalan Ketua Pengarah (Harta Industri) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Encik Abdul Aziz Ismail (tengah) memberi penerangan tentang sistem perlindungan serta kepentingan harta intelek kepada pengamal media yang hadir semasa forum bersama media di salah sebuah hotel terkemuka.

Turut kelihatan ialah Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MyIPO, Puan Jamilah Kamarudin (kiri) dan Trademark Specialist, Encik Sathia Sathivel (kanan).

Susulan daripada program Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT 2016) yang telah melabuhkan tirai pada 3 April 2016, MyIPO telah menganjurkan sebuah program A Day with MyIPO pada 4 April 2016.

Program tersebut bertujuan untuk memberi input tentang maklumat serta kepentingan harta intelek. Harta Intelek adalah sesuatu yang dapat dikomersialkan malah mampu menjana pendapatan kepada individu.

Para peserta juga akan didedahkan kepada sistem pendaftaran harta intelek, kaedah pembiayaan pemfailan harta intelek serta klinik harta intelek untuk memberi khidmat nasihat kepada para peserta berkenaan permohonan harta intelek.

Antara aktiviti yang diadakan sempena program ini ialah, Forum Harta Intelek Bersama Media, Sesi Perkongsian Pengalaman Bersama Usahawan, taklimat harta intelek daripada pegawai MyIPO, kaunter khidmat nasihat dan kaunter pemfailan harta intelek.

Program A Day with MyIPO ini dihadiri kira-kira 150 orang peserta yang terdiri daripada usahawan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) guru-gugu dari sekolah inovasi berdekatan dan pengamal media di Sarawak.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article