- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen MAKSAK Sarawak

Must read

Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen MAKSAK Sarawak ke Karnival Sukan MAKSAK 2016 oleh Setiausaha Kerajaan Negeri YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi Abdul Ghani, merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak yang diadakan di lobi Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, Kuching pada 12 April.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran, Keselamatan dan Hal Ehwal Korporat) YBhg Datu Haji Misnu Haji Taha.

Kontinjen MAKSAK Sarawak seramai 81 orang yang diketuai oleh Khairul Nizam Morshidi akan bertanding dalam empat acara sukan, iaitu ping pong, tenis, futsal dan olahraga.

Karnival Sukan MAKSAK 2016 akan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka dari 14 hingga 17 April.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article